Terma

Laman web viewimage.com.my, pelanggan viewimage.com.my, agen viewimage.com.my, dan produk dari viewimage.com.my adalah tertakluk dibawah syarat dan terma yang telah ditetapkan seperti dibawah :

Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mana – mana bahagian dalam halaman web ini atau produk yang dibekalkan disalin, ditiru, diedar dan dicetak dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat persetujuan dan keizinan daripada pihak
viewimage.com.my. Sesetengah nama, informasi, logo, imej, rekacipta, tajuk, isikandungan pada halaman web dan produk kadkreation.com adalah dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987. Sebarang penggunaan tanpa mendapat keizinan daripada pihak kami, tindakan undang – undang akan diambil.

Penafian
Segala penerangan yang dibekalkan di dalam produk sama ada secara langsung atau tidak langsung tidak menjamin bahawa setiap pengguna akan berjaya mengikut langkah – langkah yang diberikan walaupun pihak penerbit telah memastikan segala usaha yang diberikan adalah yang terbaik. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kecederaan yang anda perolehi semasa menggunakan perkhidmatan dan produk kami. Perkara ini termasuklah sama ada : penggunaan mana – mana laman web viewimage.com.my, serangan virus, kerosakan komputer, kecederaan pada diri, serangan penggodam, kegagalan sistem berfungsi mengikut kehendak anda dan sebagainya. Pihak kami tidak menjanjikan sebarang pendapatan yang akan diterima oleh pengguna. Semuanya adalah bergantung kepada usaha dan kerja keras pihak pengguna itu sendiri.

Butiran Sulit, Keahlian, Pautan
Sebarang butiran sulit yang khas diberikan kepada pengguna yang mendaftar bersama mana – mana produk keluaran viewimage.com.my adalah hak milik peribadi pengguna sendiri. Pengguna dilarang sama sekali untuk menyebarkan butiran sulit ini kepada pihak lain tanpa sebarang notis dan mendapat keizinan daripada pihak kami. Maklumat keahlian seperti UserID, Password, Kod Diskaun adalah hak milik pengguna sahaja. Ia tidak boleh dikongsikan kepada pihak ketiga sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Sebarang pautan sama ada pautan (link) muat turut (download), pautan halaman rahsia, pautan halaman keahlian adalah dilarang disebarkan dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kegagalan pengguna mematuhi privasi ini akan menyebabkan pengguna akan dikenakan pembatalan terhadap akaun miliknya.

Etika Dan Tatacara
Pihak kami sama sekali tidak membenarkan mana – mana bahan informasi produk, perkhidmatan dan kandungan web dipautkan atau dimasukkan ke dalam halaman web seperti : laman web lucah, laman web jenayah, laman web yang menyediakan bahan cetak rompak, laman web penggodam, laman web spam dan laman web isu politik. Segala aktiviti promosi haruslah menggunakan informasi dan penerangan yang benar dan tepat tanpa sebarang unsur – unsur penipuan.

Polisi Anti-SPAM
Kami mengamalkan polisi anti SPAM. SPAM yang kami maksudkan adalah aktiviti melakukan promosi seperti menghantar email kepada pengguna tanpa kebenaran, melakukan pengiklanan di web pihak lain seperti forum tanpa etika dan menghormati pihak laman web, melakukan perkara – perkara yang mengganggu privasi pihak lain yang mana hal ini boleh menjatuhkan reputasi pihak kami. Jika didapati pengguna melakukan perkara ini, tindakan tegas dan undang – undang akan diambil.

Pembatalan Akaun / Keahlian
Pihak kami berhak membatalkan mana – mana akses dan penggunaan produk jika terdapat pengguna yang menyalahgunakan mana – mana perkhidmatan, kandungan informasi dan produk yang dibekalkan. Pihak kami juga akan mengambil tindakan menyekat mana – mana pengguna yang jika didapati bersalah menyalahgunakan perkhidmatan, kandungan informasi dan produk yang dibekalkan sekiranya mendapat aduan daripada pihak lain. Pihak kami juga berhak untuk meminda dan mengubah mana – mana isikandungan halaman web, produk dan informasi yang dibekalkan tanpa sebarang notis awal.

Data
Pengguna disarankan untuk membuat salinan (backup) untuk kegunaan sendiri. Sebarang kehilangan data disebabkan kecuaian pengguna adalah diluar kawalan kami dan kami tidak akan melayan sebarang alasan untuk mendapatkan data semula.

Polisi Privasi
Pihak kami hanya mengambil data daripada pengguna yang telah menjadi pembeli atau pengguna yang memohon untuk mendapatkan tips – tips atau bahan – bahan keluaran kami menerusi sistem “mailing list” dan juga “autoresponder”. Segala pembelian yang dilakukan adalah merupakan transaksi yang diyakini terjamin keselamatannya sama ada menggunakan perbankan ataupun kad kredit. Pembelian menerusi kad kredit adalah dijalankan menerusi “secure connection”. Semua data yang kami terima adalah dipertahankan daripada diceroboh daripada pihak asing. Kami tidak akan sama sekali memberi, menjual atau mengedarkan data pengguna kepada pihak ketiga.

Kiriman Email
Kiriman email yang dihantar oleh pihak kami kepada pengguna adalah dipohon oleh pengguna sendiri menerusi sistem mailing list dan autoresponder. Pengguna boleh keluar daripada sistem mailing list dan autoresponder pada bila – bila masa sahaja menerusi link “unsubcribes” yang sentiasa disertakan pada setiap email yang terkirim.

Hubungi Kami
Pihak kami boleh dihubungi menerusi email viewimage28[a]yahoo.com.my Dengan itu, sebagai pengguna produk atau agen viewimage.com.my, anda tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan diatas. Kegagalan untuk menepati salah satu syarat diatas boleh menyebabkan anda kehilangan hak sebagai pengguna ataupun agen kami.